Tuesday, August 5, 2008

Pas nafi akan boikot kempen di Permatang Pauh

Sinar Harian (4/8/08): Pas menyangkal dakwaan kononnya parti itu akan memboikot kempen Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamarudin Jaaffar menegaskan tidak timbul langsung soal partinya memboikot, sebaliknya semua anggota komponen Pakatan Rakyat akan bersatu untuk memastikan kemenangan Anwar.

Beliau mengulas dakwaan yang menyebut Pas Pulau Pinang tidak akan turun untuk membantu kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh. Tindakan itu diambil berikutan rasa tidak puas hati anggota parti itu terhadap layanan kerajaan negeri pimpinan DAP yang dikatakan meminggirkan Pas dalam pentadbiran negeri.

Ketika dihubungi Sinar Harian semalam Kamaruddin memberitahu pihaknya menganggap itu hanya isu kecil dan telah pun diselesaikan selepas perbincangan.

Monday, July 28, 2008

Terharu baca surat terbuka Haji Mahfuz Omar

Baru balik dari Melaka dan sedang baca surat terbuka saudara (Haji Mahfuz) di Tranungkite. Saya amat terharu dan cadang surat ini diedar di mesyuarat Pusat akan datang

Berikut adalah SURAT TERBUKA HAJI MAHFUZ OMAR, selaku Ketua Penerangan PAS Pusat kepada ahli, penyokong dan pengundi PAS.
Kepada,
Semua ahli, penyokong dan pengundi PAS.

Pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya. Saya menuliskan surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua ahli dan penyokong PAS si atas kenyataan saya baru-baru ini yang menafikan wujudnya sebarang pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno. Saya memohon berbanyak kemaafan di atas ketelanjuran ini.

Sebenarnya kenyataan yang saya buat sebelum ini bukanlah atas sifat pribadi saya, tetapi dibuat atas kapasiti sebagai Ketua Penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan saya berbuat demikian. Saya tidak menyalahkan pimpinan PAS yang mengarahkan saya berbuat demikian, tetapi ia adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS. Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno.

Saya berharap individu terbabit dapat tampil kehadapan membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS tentang pertemuan berkenaan termasuk butir-butir perbincangan seperti yang didedahkan oleh Presiden Umno baru-baru ini. Mereka juga harus bertanggungjawab secara khusus dalam masalah ini kerana tindakan peribadi mereka.

Saya sendiri amat terkejut dengan pendedahan tersebut yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan saya sebelum ini. Ia kemudian disahkan oleh Presiden PAS. Lebih memeranjatkan lagi apabila "muzakarah" tentang kepentingan Islam dan ketuanan Melayu yang didedahkan oleh Presiden Umno telah bertukar menjadi rundingan untuk membawa PAS menyertai kerjasama politik dengan Umno/BN. Sebelum ini kami sendiri tidak dimaklumkan tentang apa yang didedahkan oleh Umno ini, bahkan kami diberitahu tiada sebarang pertemuan dan rundingan rasmi antara kedua-dua parti.

Apabila bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut mendedahkan adanya rundingan khas selama 4 hari berturut-turut selepas pilihan raya baru-baru ini, saya berpandangan ia adalah tindakan peribadi individu tertentu tanpa melibatkan sebarang keputusan parti. Kerana itu, saya tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan rundingan yang disebut oleh Dr Mohamad Khir itu. Saya berharap individu yang terbabit ini turut membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan mengambil tanggungjawab di atas apa yang berlaku. Atau saya meminta Dr Mohamad Khir Toyo yang mengaku turut terlibat dalam pertemuan di antara Perdana Menteri dan beberapa pimpinan PAS agar dapat memperincikan butir-butir pertemuan tersebut supaya kita dapat sama-sama mengetahuinya.

Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut. Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan apabila mengumumkan tiada sebarang pertemuan dan rundingan antara kedua-dua parti. Saya menerima banyak teguran dan kritikan di atas "pembohongan" ini daripada ahli-ahli dan penyokong PAS baik yang Islam atau yang bukan Islam serta rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat. Kerana itu, dengan hati yang terbuka saya ingin memohon maaf di atas kesilapan yang saya tidak sengajakan itu. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang profesor Universiti Tempatan yang telah mengingatkan bahawa "jika kita lupakan sejarah, sejarah akan mendera kita". Saya amat sedar tentang hakikat sejarah berkaitan kerjasama PAS-Umno yang telahpun saya sebutkan dalam kolum saya di Harakah pada minggu lepas.

Saya mengakui bahawa sejarah tidak pernah berulang, sebaliknya yang berulang ialah kesilapan manusia. Saya menyeru pimpinan PAS supaya jujur kepada ahli-ahli dan penyokong parti serta berusaha memperkukuhkan pakatan politik sedia ada. Saya mengajak ahli-ahli PAS memerhatikan hakikat sejarah yang ada supaya kesilapan itu tidak berulang.

Akhirnya, sekali lagi saya memanjatkan jutaan kemaafan kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas ketelanjuran yang berlaku. Saya bersedia untuk menerima apa sahaja teguran dan kritikan membina untuk kebaikan bersama dan saya juga rela dihukum oleh ahli-ahli di atas kesilapan yang tidak sengaja saya lakukan ini.

Maafkanlah saya.

Sekian, wassalam.

Yang benar,

HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Pokok Sena.

Saturday, July 19, 2008

Bersama Kaum Hawa di Pulau Haji Nik Mat, Teluk Renjuna

Menyampaikan ucapan kepada Kaum Hawa



Menaiki bot bersama rombongan Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda PAS Tumpat ke Pulau Haji Nik Mat



Oleh Jurukamera Amatur

Rasmi konsert alternatif di Pasar Wakaf Bharu



Kumpulan UNIC yang memghiburkan penonton dalam Konsert Alternatif di Pasar Wakaf Bharu, Tumpat

Thursday, July 10, 2008

Ketua Pembangkang kemuka usul tidak percaya kepada PM dan Kabinetnya Isnin ini

Datin Seri Dr Wan Azizah dengan diiringi wakil parti-parti komponen Pakatan Rakyat telah menghantar surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk membawa satu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2) sebentar tadi.

Usul tersebut telah dihantar sendiri oleh Datin Seri Wan Azizah kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Haji Mulia di pejabat Speaker dengan diiringi oleh Encik Lim Kit Siang (Ipoh Timur) dan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Jika dibenarkan oleh Speaker, usul tersebut akan dikemukakan pada hari Isnin akan datang.

Teks penuh Usul tersebut berbunyi:

“Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan tidak percaya terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri beliau dalam menjalankan urus tadbir negara disebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan.”

Pilihanraya Umum ke-12 menyaksikan 'Tsunami Politik' yang mengakibatkan 5 negeri dan juga Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat sekaligus menafikan penguasaan majoriti 2/3 Barisan Nasional.

Kemenangan tipis BN ini telah dicapai melalui manipulasi SPR dan pembohongan yang tidak bermaruah. Harga minyak telah dinaikkan secara mengejut selepas PRU walaupun Timbalan Perdana Menteri semasa melancarkan manifesto BN telah berjanji tidak akan menaikkannya. Negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat juga dianaktirikan menunjukkan sikap BN yang bertentangan dengan semangat demokrasi dan federalisme. Ahli-ahli Parlimen BN yang bertindak menolak sikap pimpinan mereka yang tidak bertanggung-jawab diugut dan dipaksa supaya tidak bersuara.

Perkembangan ini mengakibatkan wujudnya krisis keyakinan terhadap YAB Perdana Menteri dan kabinet beliau. Rakyat kini dilanda beberapa krisis besar seperti harga minyak yang terlalu membebankan rakyat, harga bahan makanan dan keperluan asas rakyat yang semakin mahal, keyakinan rakyat yang semakin terhakis terhadap institusi Polis, Peguam Negara dan Badan Kehakiman, Peningkatan kadar jenayah dan gejala Rasuah yang semakin membarah.

Kami yakin Dewan yang mulia ini wajar membincangkan Usul yang dikemukakan ini.

Thursday, July 3, 2008

Kamaruddin dilantik Setiausaha Agung Pas

Utusan Malaysia (10/6/05): Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dilantik sebagai Setiausaha Agung Pas yang baru menggantikan Nasharuddin Mat Isa yang mengosongkan jawatan itu setelah memenangi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

Selain itu, Dr. Hatta Ramli dilantik sebagai Bendahari Pas manakala satu lagi jawatan lantikan iaitu Ketua Penerangan diisi oleh Ahmad Awang.

Ketiga-tiga mereka sebelum ini telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada pemilihan parti yang diadakan di Kota Bharu minggu lalu.

Calon Naib Presiden Pas yang tewas, Mahfuz Omar, pula dilantik menjadi Timbalan Ketua Penerangan di samping mengetuai Jabatan Penerangan Pas.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Pas Pusat yang baru di ibu pejabat Pas dekat sini hari ini.

Pelantikan Kamarudin, 54, menamatkan teka-teki sebelum ini sekali gus menepati ramalan ramai pihak sebelum ini yang mengaitkan namanya dengan jawatan tersebut.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Tumpat itu menyertai Pas pada Julai 1999 setelah dipecat dari UMNO berikutan penglibatan secara serius dengan gerakan reformasi hingga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau juga adalah bekas Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan pernah menjadi Pengerusi Institut Kajian Dasar (IKD) di samping ahli korporat.

Sementara itu, Abdul Hadi yang mengekalkan jawatannya setelah tidak dicabar pada pemilihan berkenaan turut mengumumkan senarai Ahli Jawatankuasa Kerja Pas tambahan yang berjumlah sembilan orang.

Mengikut Perlembagaan Parti, ahli tambahan yang boleh dilantik hanya enam orang sahaja, tetapi berikutan pelantikan Kamaruddin, Hatta dan Ahmad ke jawatan baru itu maka jawatan yang kosong telah menjadi sembilan.

Kesembilan mereka yang dilantik itu ialah calon Timbalan Presiden yang kalah, Senator Hassan Shukri dan Datuk Abdul Halim Abdul Abul Rahman.

Turut dilantik ialah Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Anuar Tan Abdullah, Mahfuz Omar, Asmuni Awi, Datuk Hishamudin Yahaya, Dr. Siti Mariah Mahmud, Dr. Dzulkifli Ahmad dan Mohamad Hanipa Maidin.

Dzulkifli dan Hanipa adalah muka baru dalam Jawatankuasa Kerja Pas Pusat manakala dua bekas Naib Presiden Pas pada penggal lalu, Datuk Mustaffa Ali yang tidak mempertahankan jawatannya dan Azizan Abdul Razak yang tewas tidak dilantik ke sebarang jawatan.

Mengenai barisan Pesuruhjaya Negeri, Abdul Hadi menjelaskan bahawa ia belum diputuskan lagi kerana kesuntukan masa.

``Itu saya akan umumkan nanti, yang hari ini pun saya bawa ke dalam mesyuarat hari ini dengan segera untuk diputuskan.

``Kita tunggu dulu, tunggu maklumat negeri-negeri,'' katanya.

Ketika ditanya mengenai kriteria yang diambil kira dalam melantik barisan kepimpinan tambahan ini, Abdul Hadi memberitahu bahawa ia adalah berdasarkan kewibawaan masing-masing.

``Di samping itu mereka yang dilantik ini adalah pemimpin-pemimpin pelapis setelah ketiadaan muka-muka lama selepas muktamar lalu.

Kamaruddin elected as Pas Central Working Committee

Utusan Online (4/6/01): Two incumbent Pas vice presidents, Mustafa Ali, Senator Hassan Shukri and Parit Buntar Member of Parliament Datuk Dr Hassan Ali were declared winners for the three posts of vice president at the party's elections held here.

Mustafa is a senior Terengganu exco while Hassan Shukri ia Selangor Pas Commissioner.

The results were announced by Pas permanent chairman Abu Kassim Abdullah at the end of the three-day Pas 47th general assembly today.

Mustafa obtained 625 votes followed by Senator Hassan (573) while Dr Hassan achieved 382 votes.

Out of three women who contested to become a member of the Pas Central Working Committee for the 2001/2003 session, only Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali was chosen to sit in the 18-member committee.

The president and deputy president's posts were won uncontested respectively by incumbents, Pas president Datuk Fadzil Noor and Abdul Hadi Awang who is Terengganu Menteri Besar.

As for the central working committee members, whose numbers have been increased to 18 compared with 12 previously, seven of the winners are new faces.

They are Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Taib Azamuddin Md Taib, Husam Musa, Datuk Kamaruddin Jaafar, Syed Azman Syed Ahmad, Salahuddin Ayub and Idris Ahmad.

The old faces who retained their posts are Dr Mohd Hatta Ramli who garnered the highest vote, followed by Hashim Jasin, Subky Abdul Latif, Wan Abdul Mutalib Embong, Ahmad Awang, Dr Abdul Razak Ismail, Abu Bakar Chik, Abdul Ghani Abdul Rahman, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman and Omar Muhammad.

According to the party's constitution, the President has the power to appoint six more members to the committee.

Meanwhile, Fadzil told reporters at a press conference later that he was satisfied with the overall elections and the outcome of this year's general assembly.

He said all three new vice presidents can be assumed as a network of a "winning team" and added that retaining both incumbents and bringing in a new member of calibre was an intelligent choice.

Fadzil said he intended to appoint some candidates who were defeated in the election as members of the Pas central working committee.

On the victory of Dr Lo'Lo' as the only female member of the committee, he said this showed that Pas did not discriminate against women although 95 per cent of the delegates are men.

Meanwhile, Dr Hassan Ali, 53 thanked delegates for voting him as one of the three vice presidents of the party.

"However I do not view this as victory but perhaps an opportunity for others who have served the party long to take a "brief break" to concentrate on other party activities," he said.

Senator Hassan Shukri, 63 described his victory as something out of the ordinary and pledged to help improve efforts to lure in more members.

Dr Lo' Lo' meanwhile said her victory was the highest recognition the party could accord to the women's wing of Pas.

"I was hoping more than one candidate will be elected from the women's wing, but for a start one is adequate, praise the Lord," she added.

Harakahdaily

Malaysiakini

MP Pas

Parliament News

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP