Tuesday, August 5, 2008

Pas nafi akan boikot kempen di Permatang Pauh

Sinar Harian (4/8/08): Pas menyangkal dakwaan kononnya parti itu akan memboikot kempen Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamarudin Jaaffar menegaskan tidak timbul langsung soal partinya memboikot, sebaliknya semua anggota komponen Pakatan Rakyat akan bersatu untuk memastikan kemenangan Anwar.

Beliau mengulas dakwaan yang menyebut Pas Pulau Pinang tidak akan turun untuk membantu kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh. Tindakan itu diambil berikutan rasa tidak puas hati anggota parti itu terhadap layanan kerajaan negeri pimpinan DAP yang dikatakan meminggirkan Pas dalam pentadbiran negeri.

Ketika dihubungi Sinar Harian semalam Kamaruddin memberitahu pihaknya menganggap itu hanya isu kecil dan telah pun diselesaikan selepas perbincangan.

4 comments:

Hasbullah Pit August 5, 2008 at 10:29 AM  

Nampaknya Sinar Harian masih menulis PAS dengan huruf kecil.

antihusam@yahoo.com August 6, 2008 at 12:48 AM  

DATO' KJ PENIPU

Tajuk utama dimuka hadapan akhbar Sinar Harian hari ini ialah "PAS NAFI BOIKOT KEMPEN ANWAR". Dan dimuatkan kenyataan Dato Kamarudin Jaafar selaku Setiausaha Agung PAS sebagai berkata : "Sudah selesai...tidak ada apa isu lagi, kita sudah jumpa semalam dan bebincang lanjut bagi melicinkan perjalanan pentadbiran kerajaan PR di Pulau Pinang".

Nampaknya Dato' KJ sudah pandai nak menipu macam "bos"nya DSAI. Tahukah beliau bahawa mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang pada hari Ahad yang dihadiri oleh Husam itu tidak pernah membatalkan keputusan mesyuarat awal yang akan boikot pilihanraya kecil Permatang Pauh. Cuma apa yang dipersetujui hanyalah menukar perkataan "boikot" dengan perkaaan lain yang lebih lunak di dengar, tetapi masih mempunyai maksud dan tujuan yang sama. Dan pada masa yang sama juga PAS Negeri telah mengemukakan beberapa tuntutan yang perlu di penuhi oleh PKR dan DAP sebelum PAS Negeri bersetuju untuk bekerjasama dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Manakala pada sebelah petangnya pula, barulah diadakan pertemuan rasmi yang PERTAMA (selepas PRU12) di antara PAS, PKR dan DAP P.Pinang bagi membincangkan persoalan pilihanraya kecil tersebut. Dalam pertemuan tersebut DAP dan PKR terpaksa mengaku kesilapan mereka tidak memberi ruang langsung kepada PAS dalam kerajaan negeri P.Pinang dan mereka berjanji untuk memperbetulkan semula keadaan selepas ini. Adalah dipersetujui juga dalam pertemuan tersebut bahawa DSAI ingin bertemu dengan Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang bagi mendengar tuntutan dan ketidakpuashatian mereka selama ini.

Jadi, apa benda yang Dato' KJ kata dah selesai ni? Dato' dah maklumkan ke keputusan Pas P.Pinang kepada Pesiden dan Timbalan Presiden PAS? Dato' dah berbincang ke masalah PAS P.Pinang ni dengan Dewan Harian Pusat? Dato' dah terima arahan apa-apa ke daripada Presiden PAS untuk menyelesaikan masalah ini? Ataupun Dato' hanya perlu terima arahan daripada bos lama Dato', iaitu DSAI dan Naib Presiden PAS, Husam Musa sahaja. Ataupun Dato' dah cukup besar kepala nak langkah bendul mendahului Presiden dan TImbalan Presiden PAS dan cuba menyelesai dan memadam kemelut PAS P.Pinang ini dengan cara Dato' sendiri? Kalau dato' dah tidak sanggup menerima arahan daripada Presiden PAS yang telah melantik Dato' maka eloklah Dato' letak jawatan secara terhormat. Dato' sendiripun dah banyak benda yang tidak bersetuju dengan kenyataan Tuan Guru Presiden kan???

Dalam akhbar Sinar tersebut juga Dato' kata bahawa isu ni hanyalah isu kecil sahaja. Apa maksud Dato' "isu kecil"? Mungkin isu ni isu kecil bagi Dato', tetapi adalah isu besar kepada PAS Negeri P.Pinang. Kalau langsung PAS tidak diberi ruang untuk melaksanakan Islam di P.Pinang maka itu adalah isu besar. Soal prinsip perjuangan PAS adalah isu besar dan bukan isu kecil. Soal tanggungjawab kita dengan Allah dan Agamanya adalah isu besar bukannya isu kecil. Saya rasa Dato' dah mula menunjukan ketidakselesaan Dato' dengan PAS dan perjuangannya. Mungkin Dato' menyesal masuk PAS kerana Dato' lebih selesa dan sesuai bersama DSAI dan PKR!
Fikirlah elok-elok Dato' sebelum terlambat.

http://antihusam.blogspot.com/

bat8 August 13, 2008 at 4:36 PM  

Asalamualaikum Dato

I am writing a comment here to express my disbelief on a statement made by TGHH during opening Penang PAS convention. The statement - PAS doest not hesistate to pull out of Pakatan Rakyat if PK does not make Islam as in foundation for governance if PK comes to power.

More surprisingly, now he is talking about malay rights too...pelik dan ajaib!

As most of us thought TGHD and his gang have learned a bitter lesson from muzakarah saga, the above statement comes as a surprise to many of us.

With pematang pauh by election , such statement cannot but be construed as a statement to throw a spanner onto Pakatan machinery and offer a breathing space for UMNo at its most difficult time. I for one believe TGHH is a measured and intentional statement to undermine PK and signal to UMNO that he (TGHD and gang) is seriously considering UMNO previous offer.

begini jelah Dato - please make it clear to TGHH, if he wishes to join BN which has a majority of non-muslim......dia bawaklah anak buah dia pi join dengan UMNO. Jangan bawak PAS.

Jadilah lah macam dato Nakhaei...mana tau nkot TGHH boleh lagi berjaya membersihkan BN dimana Dato Nakhaei dan DSAI gagal!

Saya rasa pucuk pimpinan PAS perlu memberitahu TGHH bahawa setiap kenyataannya hanya akan menakutkan orang melayu bukan PAS dan bukan melayu.

Nampak sangat setiap kenyataannya dibuat tidak berdasarkan kepada realiti semasa, songsang sokmo dengan realiti....tok keno lok sokmo!Akibatnya, kenytaan beliau banyak mendatangkan keburukan kepada Islam dari kebaikan.

Mana pergi kehebatan berpolitik secara Islam. Yang l nampak, pakai hentam sebrono je. Mana pergi hikmah dalam berpolitik secara Islam.

I respect his religous knowledge but his political judgement selama ni selalu skewed.

Maybe betul juga kata seorang penyumbang dalam malaysiakini yang mengatakan...... "TGHH lebih sesuai menjadi pendakwah sepenuh masa dan bukannya politician...."

I tend to agree with the lady.

wassalam

bat8

always extreme September 11, 2008 at 3:22 PM  

Salam Dato',

saya bagi pihak rakyat di Tumpat terlebih dahulu mohon maaf di atas teguran dibawah.

ramai yang komen pasal gambar SU Dato' dalam bilboard Salam Ramadhan & Hari Raya.

mereka ni bukan dengki dengan SU Dato' tapi meluat tengok seumpama "LEBIH SUDU DARI KUAH"

mohon teguran ini di ambil kira dan dapat di baiki.

sekian.

Harakahdaily

Malaysiakini

MP Pas

Parliament News

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP