Pas nafi akan boikot kempen di Permatang Pauh
Sinar Harian (4/8/08): Pas menyangkal dakwaan kononnya parti itu akan memboikot kempen Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding pilihan raya kecil Permatang Pauh.Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamarudin Jaaffar menegaskan tidak timbul langsung soal partinya memboikot, sebaliknya semua anggota komponen Pakatan Rakyat akan bersatu untuk memastikan kemenangan Anwar.
Beliau mengulas dakwaan yang menyebut Pas Pulau Pinang tidak akan turun untuk membantu kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh. Tindakan itu diambil berikutan rasa tidak puas hati anggota parti itu terhadap layanan kerajaan negeri pimpinan DAP yang dikatakan meminggirkan Pas dalam pentadbiran negeri.
Ketika dihubungi Sinar Harian semalam Kamaruddin memberitahu pihaknya menganggap itu hanya isu kecil dan telah pun diselesaikan selepas perbincangan.