Thursday, July 3, 2008

Bisik-bisik

Utusan Malaysia (7/7/99): Akhirnya Kamaruddin Jaafar dipecat daripada UMNO. Apabila beliau mengambil cuti daripada menjalankan tugas sebagai Ketua Bahagian Tumpat, Awang sudah mengagak tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Langkah itu menggambarkan seolah-olah beliau dapat merasai apa yang akan terjadi ke atasnya.

Persoalannya, kenapa beliau tidak mengambil keputusan sendiri untuk keluar UMNO dan menyertai parti pembangkang pilihannya. Ada yang kata Kamaruddin sengaja mahu dipecat kerana langkah itu akan memberi keuntungan politik kepadanya.

Ada juga yang kata beliau tidak pasti apa yang baik untuk masa depan politiknya - kekal dalam UMNO atau berpindah parti.

Begitulah politik. Tidak ada kedudukan tengah. Di sebelah sini atau di sebelah sana. Itulah sahaja pilihannya.

Awang - Di sebelah luar.

0 comments:

Harakahdaily

Malaysiakini

MP Pas

Parliament News

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP