Thursday, July 3, 2008

Datuk Kamaruddin Jaafar sertai PAS!!!

21 Julai 1999: Bekas Ketua UMNO bahagian Tumpat, Dato' Kamaruddin Jaafar, malam tadi telah membuat satu pengisytiharan menyertai PAS di hadapan rakyat Tumpat.

Beliau membuat pengisytiharan tersebut semasa Ceramah Politik oleh YB Dato' Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat.

Pengumuman beliau tersebut telah disambut dengan laungan takbir oleh puluhan ribu para penyokong PAS yang hadir. Dato' Kamarudin Jaafar membuat ucapan sulung semasa perisyhtiharan memasuki PAS dan menegaskan bahawa sudah tiada ruang lagi dalam Umno untuk melaksanakan Islam.

Semua pimpinan Umno mesti mengikut telunjuk Mahathir jika ingin terus kekal di dalam Umno atau menghadapi kemungkinan dipecat jika ingkar arahan Presiden.~MR

0 comments:

Harakahdaily

Malaysiakini

MP Pas

Parliament News

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP